Carik Geng

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 23-04-2007

Aku tgh carik membe yang berminat nak pegi meeting Next View Traders Club ari Rabu nih. Info pasal meeting tu leh rujuk kat: http://www.thenextview.com/courses/my_20070425_nvtmforex.htm

Aku carik member sebab:

  1. Kalo pegi 2 orang lagi murah. Jimat RM14 sorang.
  2. Aku tak tau jalan. :-(

Sape berminat silalah bagitau ye…

-Fuad-

ATIC 2007 Presentation Slide

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 20-04-2007

Aku baru dapat email dari orang Next View dan dia dah bagi aku presentation slide utk ATIC aritu. Malangnya, slide yang dia kasik tu sume aku tak attend seminar tuh. Seminar yang aku attend satu pon tak dek dalam list tuh.

Apapon, kalo korang nk slide tuh leh download kat link nih:

www.jommainsaham.com/seminar

Username : slide , Password: saham

Pada yang nk download e-book :

www.jommainsaham.com/ebook

Username: ebook , Password: saham

Harap berguna untuk korang..

-Fuad-

p/s: Dengar desas desus, market tgh masuk fasa 2nd bearish wave.. Huhu..

Saham harga bawah 15 sen

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 16-04-2007

Buat En. Ran. Aku tak sempat nk borak panjang2. Aku sempat wat tapisan sket untuk share yang murah pada definisi ko. heheh. Iatu harga di bawah 15 sen. Aku pakai simple explorer step.

under152.jpg

Keputusannya:

  1. AFFIN-WB 0.105
  2. AIC-WB  0.11
  3. AMMB-OS  0.045
  4. AMMB-WA  0.005
  5. AMSTEEL  0.07
  6. AHTIN  0.055
  7. BIMB-OR  0.065
  8. BOLTON-WA 0.005
  9. COMSA  0.025
  10. COMSA-WA 0.01
  11. DKMAT  0.045
  12. DFZ-PA  0.11
  13. DFZ-PD  0.125
  14. DIGISTA-WA 0.11
  15. DKLS-WA  0.05
  16. ECOFIRS-WB 0.105
  17. FCW-WA  0.08
  18. FIAMMA-WA 0.005
  19. GTOWN  0.055
  20. GLOSOFT-WA 0.12
  21. HIL-WA  0.005
  22. HLIND-WA 0.005
  23. IDAMAN-LB 0.14
  24. KAMDAR-WA 0.125
  25. KARYON-WR 0.09
  26. KBUNAI-WA 0.005
  27. KBUNAI-WB 0.005
  28. KEJORA-WA 0.06
  29. KIG  0.03
  30. KLINFRA  0.12
  31. LINEAR-WA 0.135
  32. LITYAN  0.02
  33. MALTON-WA 0.005
  34. CRIMSON  0.08
  35. METPLEX  0.03
  36. MMM-WA  0.035
  37. MMM-WB  0.09
  38. MMM-WC  0.1
  39. MPTECH  0.075
  40. NEXNEWS-OR 0.135
  41. PMIND  0.095
  42. PARACOR-WA 0.005
  43. PARACOR  0.01
  44. PATIMAS-WA 0.11
  45. PMIND-WA 0.055
  46. POLYMAT  0.06
  47. RHB-WA  0.005
  48. RHB-WB  0.13
  49. RHB-WC  0.005
  50. SAFEGAD-WA 0.1
  51. SATERAS  0.105
  52. SCIENTX-WA 0.005
  53. SCOMI-CA 0.005
  54. SILVER-WA 0.14
  55. SILSTON  0.065
  56. SUNINC-WB 0.08
  57. SUNINFR-WA 0.065
  58. TALAM-PA 0.1
  59. TANCO-WA 0.095
  60. TENGARA  0.145
  61. THGROUP-WA 0.005
  62. TWSCORP-WB 0.005
  63. WEMBLEY  0.055

Stock yang di tapis ni dalam main board sahaja berdasarkan close price pada 16 April 2007. Harap dapat membantu.

p/s: Ran, Ko utang aku lagi explaination camne kalo mother share syariah complaint tapi warrant dia tak. :-P
-Fuad-

HTPadu - Suatu Analisis

Posted by Fuad | Posted in Analisis, Umum | Posted on 05-10-2006

Semalam En. Aku cerita pasal saham yang dia dok usha - HTPadu (5028) Saham dalam Main Board, Industri IT. Okeh..utk permulaan belajar Fundamental, apa yang aku tgk dalam satu saham dari segi Fundamental.

1) Pembesar2 Dalam Syarikat

Aku tak kenal sorang pon dalam list orang2 besar dalm HTPadu. Setahu aku HTPadu dilahirkan selepas CEO dia, Mohd Hilmey resign dari PNB. Tak pasal2 syarikat ni pon resign sekali. Mostly pembesar2 dia terdiri dari orang Melayu. Satu lagi yang aku take note, sape pemegang saham terbesar. KWSP ngan ASB melabur dalam HTPadu. Personally aku rasa ini petunjuk yang baik..

2) Price / Performance History

Aku glance tgk chart price history, awal2 dulu tinggi pastu dah merudum sekrang ni. Harga asal tak silap aku 3 ringgit lebih, tapi harga semalam RM1.18 jek. Pastu transaction volume dia 30 jek.. Ni ada baik ada buruk gak ni.. Nnti kita bincang..

3) Industry

HTPadu berada dalam industri IT. ICT ni dapat perhatian dari kerajaan. Dan khabarnya RMK9 pon ada gak dok sebok2 pasal ICT. Dan kemungkinan besar dapat project byk nnti. Apapon aku kene pastikan siapakah leader dalam ICT. Kelebihan tahu leader.. Biasanya leader akan naik dulu pastu baru yang lain naik.. Dah tahu leader naik, cepat2 la beli pengikut2 nih.. Itu pendapat aku jela..

4) EPS, PE & PEG

EPS atau nama penuh dia Earning per Share aka Perolehan Setiap Syer. Formula dier EPS = Untung / Jumlah Syer. Takyah susah2 nk kira sebab dalam Laporan Syarikat dia dah cakap brape EPS. Aku rujuk Laporan Syarikat 2005, EPS HTPadu = 0.14  Apa guna bendaalah ni? Tak berguna selain boleh compare ngan tahun2 sebelumnya. HTPadu EPS compare tahun sebelumnya 0.12 naik sket. Tapi asal2 nyer pada tahun 2000, EPS dia 0.33. Fuyooo..

PE ialah Price to Earning Ratio aka Harga berbanding Pendapatan. Kegunaan EPS ialah utk kira PE sebab formula PE = Harga Saham / EPS. So, aku pakai yang harga semalam dgn EPS 2005  PE = 1.18/0.14 = 8.43 Apa maknanya? PE menunjukkan pendapat para pelabur pasal sesuatu saham. Makin tinggi nilai dia maksudnya ramai orang suka, kalo rendah tu x ramai orang pandang ler. Selalu jugak PE yang tinggi sgt menunjukkan saham tu overprice.. maksudnya macam harga sekarang ni tinggi sgt berbanding dengan prestasi Syarikat. Ini menunjukkan ada potensi utk jatuh..

PEG, nama penuh Price to Projected Earning Growth aka Harga berbanding Peningkatan Potensi Pendapatan. Formula PEG = PE / Potensi Pendapatan. Aku tak jumpe projected growth utk HTPadu tapi Mohd Hilmey bagitau ICT projected growth 12%. Kita pakai yang ni. PEG = 8.43/12 = 0.7 Apa yang PEG ni bagitau? Lagi rendah PEG lagi bagus sebab PEG yang rendah menunjukkan potensi tinggi tapi tak ramai orang / pelabur pedulik. So, inilah peluang buat pelabur yang betul2 stadi market macam kita.. keh keh.. :-) Apapon sebab perlu diingat bahawa ketepatan PEG bergantung kepada ketepatan potensi pendapatan. Sape2 boleh main taruk cakap company dia berpotensi meningkatkan keuntungan berapa peratus pun..

Haha..dah panjang sgt dah. Lenkali boleh tambah lagi.. Sapa2 yang nk tambah apa lagi apa yang perlu dilihat utk buat Fundamental Analysis, silalah komen panjang2.. Kita sama2 tgh belajar.. Oh ya, rankin dari buku Stock Performance Guide ialah 5.. Maksudnya average.

Selamat menganalisa saham.. :-)
-Fuad-

Kehebatan Metastock

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 27-09-2006

Dah 2 hari aku dok main dengan Metastock. Memang power. Stakat ni aku baru main K-One stock pastu dok guna Moving Average. Yang lagi best Metastock boleh masukkan formula, so boleh la nk cipta pencak sendirik. Nak boh nama apa pon sukeati. Contoh brader ni guna indicator chap ayam. Katanya gabungan Gann/Fibo + ADX + Parabolic. Apapon setiap pemain saham sepatutnya ada pencak (indicator) ciptaan sendirik dan jugak index sendirik cth macam KLCI (Kuala Lumpur Composite Index). Aku still tgh pikir saham apa yang aku nak masukkan dalam FI (Fuad Index).

So apa yang nak buat lepas ni:

  1. Study Fundamental Analysis utk 4 company. Apsal dah jadik 4? Sebab IRIS dikategorikan speculative stock.
  2. Wat paper trade. 
  3. Pikir senarai stock utk buat FI
  4. Make sure tulih e-book utk MA sebelum Raya.

So slamat mencuba.. Aku boh sket snapshot indicator MA yang aku dok godek2 2-3 hari nih..

 Graph kat sebelah ni menunjukkan aku plot MA utk 10 hari. So, aku bleh tgk kat mana sell signal ngan buy signal dia. Ini graph aku capture sebelum aku jumpa cara nak buat indicator aku sendiri. Nnti aku boleh wat satu lagi indicator yang boleh tunjuk kat mana kene jual dan beli. Mungkin weekn ni kot boleh spend masa godek2 indicator nih. Maklumlah bulan pose. heheh.

Haa yang ni plak aku plot MA utk 10 hari (kaler biru) ngan MA utk 50 hari (kaler hijau).

Nampak tak perbezaan dia.? Kalo pakai yag 10 hari, brapa kali dah aku dok jual beli tapi guna 50 hari punya MA, fluctuation buy/sell signal dapat dikurangkan. Apapon semuanya bergantung kepada saham tu samada 10 atau 50 hari atau apa2 saja hari utk mendapat signal yang terbaik. Blajar lah dan kaji lah lagi..

Orait.. Slamat main saham.. dan Slamat beribadat di bulan Ramadhan :-)

-Fuad-

Saham mana patut dipilih?

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 10-09-2006

Hurm… semalam aku compile price utk IRIS. Start dari August 2006. Tapi price asek menjunam jek. Start daro RM0.75 sampai Jumaat lepas tinggal RM0.20 jek. Tak sesuai utk aku guna analisis. Tapi IRIS memang antara saham MEDAQ yang femes. Aku tgk volume dier sampai 2 juta. So, buat masa ni aku tgh carik lagi apa yang aku nk pakai sebagai contoh analisis.

Satu bende yang aku kene note, setiap analysis method mempunyai kelebihan mengikut keadaan market. Cth MA, sesuai kalo market tgh trend. Kalo market tgh flat, tak sesuai. Jugak nasihat dari e-book TFAL, make sure start dengan 6 saham atau lagi rendah. Aku decide nk monitor 5 dulu.

Buat masa ni aku terpikir.

  1. IRIS - MESDAQ
  2. MEMS - MESDAQ
  3. K1 - MESDAQ
  4. LSpeed - MESDAQ
  5. SESB - Main Board

-Fuad-

Waspada dengan Ekor

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 06-09-2006

Alang2 aku dah ckp pasal 4 ekor binatang semalam.. aku nk cakap pasal ekor plak arini. Sebenarnya lagi clear kalo aku leh tunjuk pakai chart. Tapi x dek hal.. sebelum aku lupe baik aku post dulu. Lenkali leh edit lagi..

Camne nak kenal ekor? Ekor ni bile jauh sgt beza high price ngan low price. Pendapat aku, definasi berapa panjang baru nak consider ekor terpulang kat individu dan saham yang dier main. So.. tugas aku nnti, setiap saham yang aku kaji kene wat definasi ekor..

Bile ekor ni terjadi? Selalunyer bile dah dekat dengan reversal point. Maknenyer, ekor ini adalah tanda2 pertukaran kuasa samada pasaran tengah lembu, beruang take over atau pasaran tengah beruang, lembu take over.

Bile nampak ekor ape nk wat? Istilah digunakan, apabila si Beruang atau Lembu sedang menguyah ekornya, bersedialah utk bertukar. Kalo sekarang Lembu, bertukarlah jadik beruang. Begitulah sebaliknya.

Apa paling penting? Define ekor.. untuk wat camtu.. kaji saham punyer performance sebelum ni.. tgk berapa panjang leh jadik ekor…

Itulah pelajaran ekor utk hari ini. Kalo aku expert bab2 ekor nih, leh la selalu makan sup ekor. Kalo selalu makan sup ekor… heheh.. The battle is mine.. Hahahahaha…

“Bull make money, Bear make money, Sheep and Hog get slaugther”

-Fuad-

Persediaan untuk Perang

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 06-09-2006

Main saham ni umpama menuju ke medan perang. Kalo main saham kat Malaysia, kenelah bersedia melawan Pahlawan2 Kungfu, Taek Wan Do, Silambam, Silat Lincah, Silat Gayong, Tomoi dan bermacam2 lagi yang memang dah expert. Kalo di arena antarabangsa plak, kenelah bersedia utk bertempur dengan Samurai Jepun, Muai Thai Boxing, Tinju, Caipiora dan macam2 lagi.

Peperangan ni bukan senang, ramai lagi orang lagi terer kat gelanggang saham. Kalo tak tahu apa2 memang mencarik nahas masuk ke medan perang. So, Nasihat utk aku, buat persediaan betul2.. Jom tgk ape persediakan yang aku Kene wat.

Perisai

Walau xde baju besi lagi, pakai perisai kayu pon jadilah. Teknik asas pertahanan, Chandelier Exit Strategy. Tugas aku, untuk setiap saham yang aku kaji, define range stop loss & ceiling.

Senjata

Buat masa nih, gunakan EOD dulu sebagai senjata. Hah? Parang kontot jek? Haha.. Parang kontot pun kalo pandai pakai leh gak menang. Sementara aku xdak Metastock, pakai dulu EOD utk analysis. At least somewhere to start with.

Pencak

Walau menggunakan parang kontot semalam aku dah buat first analisa pakai close price. Baru belajar wat kuda2. Hurm.. Arini menggunakan parang kontot jugak gunakan pencak Moving Average peringkat pertama. Mari berkenalan dengan pencak paling asas yang mempunyai 7 peringkat.

  1. Moving Average (MA)
  2. Linearly Weighted Moving Average
  3. Exponential Moving Average (EMA)
  4. Displaced Moving Average (DMA)
  5. Moving Average Crossover
  6. Moving Average Momentum Oscillator
  7. Moving Average Convergence Divergence

Sekarang ni, ramai orang pakai pencak MA peringkat ke-7, MACD. Tapi camne aku nk terer peringkat ke-7 terus kalo peringkat pertama pon x lepas lagi. So, mulakan pencak MA peringkat pertama…

Go to Battle.. Warghhhhh….

-Fuad-

Analisa Buat Kali Pertama

Posted by Fuad | Posted in Analisis, KLCI, Umum | Posted on 05-09-2006

Kalo nak tunggu sampai dah terer memang ntah biler baru bleh start buat analisa. So, aku nak mulakan hari ni. Aku nk try baca patern KLCI start 7-11/8/2006. Lantaklah camne nak bedal pon, janji wat analisa. Good Luck dude…

Date          Open         High           Low         Close           Volume

20060807   939.0300   942.2200    937.4400   938.4800      4314           20060808   938.2300   939.7900    936.9300   939.0800      4261            20060809   939.5700   943.2000    939.5600   941.2600      4001           20060810   941.4900   942.9900    939.4800   942.9900      5563           20060811   942.5700   946.2100    942.2700   942.2700      6206

Haha.. menarik2.. Sebelum meneruskan analisa, meh aku perkenalkan 4 jenis binatang yang paling femes dalam permainan saham iaitu:

  1. Lembu - Merujuk kepada pembeli. Jugak kepada pasaran yang tgh naik.
  2. Beruang - Merujuk kepada penjual. Jugak kepada pasaran yang tgh turun.
  3. Biri2 - Aku pun tak tahu apsal bebiri ni kuar, lebih kurangnyer biri2 nih jenih yang mengikuuttt jek.
  4. Babe - Heh.. kurang sopan sungguh kalo aku menggunakan nama asal binatang ini, tapi nk wat camne, memang istilah pemain saham. Merujuk kepada orang yang main ikut emosi die..

Kita mulakan dengan analisis yang basic giler.. kita tgk close price. Secara keseluruhan, pasaran dikuasai oleh lembu. Start hari Isnin sampai ari Khamis close price asek naik jek. Tapi kalo aku tgk trend Isnin sampai Rabu, price memang tengah lembu tapi volume dier makin sket. Kalo di andaikan Volume itu macam makanan, aku agak2 lembu tu dah steady jek dapat makanan secukupnyer. Tapi ntah beruang mana masuk kandang curik rumput tu (aku assume valume tracsaction tu orang dah mula start jual sebab harga dah naik). Macam nak mampus kelaparan jek lembu tuh kalo byk beruang2 yang mencurik rumputnya.. By end of the week, beruang mula mengusai pasaran.. Terer lah beruang.

Aku tak analisa minggu sebelumnyer so aku tak tau crita, tapi kalo dah start beruang nih.. ketatkan stoploss. Masa lembu aritu ada beli byk x? Haha… Nantikan penangan beruang.. kalo betullah beruang makin kuat..

Itu analisa aku yang ntah ape2 guna close price.. Esok aku cube wat analisa utk tarikh yang sama tapi pakai Moving Average plak… Tgk camne keputusan dier…

Tahniah2 atas analisa pertama.. heh..

-Fuad-

Asal Nak Main Saham Sangat Ni..?

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 04-09-2006

Masa baca e-book TFAL, aku baru perasan asal aku excited sgt nk main saham. Risiko? Haha.. Nature of man. Bende yang merbahaya tu lah yang sebuk nak main.. Mengikut kajian hanya beberapa kerat jek pompuan yang main saham.. yang ramai lelaki. Sebab main saham adalah permainan yang merbahaya. Tahukah berapa ramai yang dah jadi giler dan bunuh diri sebab saham? Aku tak tahu.. Apapun aku tau memang ada.. yang pastu lebih dari 20 -30 orang. Yang bankrap pon ramai.. Saham adalah permainan yang merbahaya… kalo rasa anak jantan.. meh main saham.. Tapi kalo jadik papa kedana.. aku tak jamin… heh :-)
Aku ada mintak pendapat Akirasuri pasal futures & option. Nasihat dier jauhkan sebab ada unsur ketidakpastian. Aku respek pendapat dier, aku wat kajian aku sendirik, aku diskas dengan Ayah. Aku belek kitab fiqah Sekolah Ma’ahad aku dulu, syslibus Mesir tu wa ckp lu. Bahasa arab aku pon tunggang terbalik.. Apapun analoginya macam menjual buah yang belum berbuah. So, ketidakpastian di sini harga yang dijual tidak pasti nilai buah tersebut, dpat 10kg ke 15 kg tak tau lagi tapi harga dia fixed. Adapun dalam futures, harga fix utk masa hadapan dengan quality pon dah di tetapkan. So macam aku nak beli 10kg daging lembu minggu depan dengan harga RM15/kg. Kalo pembeli dan penjual setuju, takda masalah la kan?

Apapun, aku akan make sure betul2 dulu sebelum main futures. Option aku blur lagi. Buat masa terdekat ni aku hanya nk main IPO ngan on board punyer stock.. Good luck buddy.. Sibukkan kepala otak ko.. Jgn igt pasal dier lagi.. huh..

-Fuad-