Posted by Fuad | Posted in Saham | Posted on 03-10-2006
Ari Sabtu lepas aku beli buku Stock Performance Guide keluaran Dynaquest. Actually Pakdi yang bagi suggestion soh beli buku ni dalam forum bicara jutawan. Walaupun less than expected isi kandungan dia tapi aku berpuas hati dengan ranking yang dia buat. Dan jugak maklumat yang diberikan mostly amat berguna utk menilai sesuatu saham.
Pada aku mostly sume info tu boleh dapat kat internet, tapi cara dia compile memudahkan orang macam aku yang takde idea nk pilih saham apa. Sebab sebelum ni aku main pilih jek saham tanpa sebab, semalam aku dah pikir criteria yang perlu aku tapis utk monitor saham ni. Cara aku:
- Aku pilih ranking yang 5.5 bintang ke atas sahaja (Stock Performance Guide)
- Aku pilih yang Syariah Compliance
- Aku pilih plak yang harga bawah RM2.00 seunit
- Pastu aku nk carik yang bagi dividen
- Lepas tu baru aku nk study dia punya info.
Harap2..tak byk sgt la lepas tapis tu. Tapi sebab guide to bagi saham main board jek, kenelah aku study main board je dulu. Slamat berjaya…
-Fuad-
Posted by Fuad | Posted in Saham | Posted on 22-08-2006
Saham dalam bidang Dagangan / Perkhidmatan. No saham 2992 di Papan Utama.
Pagi tadi aku sempat belek The Edge yang aku beli aritu. Asalnya nak carik going to listing punyer saham tapi xde plak. Aku terbaca pasal SESB ni yang mula dikatakan ada potensi utk maju. Projek baru derang ialah dalam oil and gas industries. Saham yang bagus utk di kaji dalam bidang tersebut.. Perlukan lebih info..
-Fuad-
Posted by Fuad | Posted in Saham | Posted on 22-08-2006
Arini aku dok browse trough list saham dalam bidang Teknologi, rujukan : Saham Syariah update by April 2006. Sebab ada beberapa saham yang menarik minat aku, mostly sebab aku pernah dengar nama saham tu. Aku rasa berbaloi untuk aku kaji saham bidang teknologi ni. Antara saham yang menarik minat aku:
- K-One Technology Bhd (0111) - MESDAQ
- IRIS Corporation Bhd (0010) - MESDAQ
- Litespeed Education Technologies Bhd (0107) - MESDAQ
- MEMS Technology Bhd (0052) - MESDAQ
- MOL Accessportal Bhd (0031) - MESDAQ
Ok.. Asal aku minat nak tahu pasal saham2 ni..
K-One, aku dah tgk cara derang keje nampak professional dan ada peluang utk maju. Vendor utk projek yang aku dok buat sekarang. Tapi aku still kene study history ngan stock performance derang.
IRIS, kononnya company SIM card dan security yang amat popular. Ada potensi utk maju sebab security merupakan isu yang semakin hangat terutama zaman sekarang ni. Still kene study history, current project dan paling penting, stock performance.
Litespeed, aku tak tahu apa2 pasal company ni. Aku just tertarik sebab wordpress upload server pakai litespeed (aku rasa company yang lain). Tapi sebab itu saja saham ni dah masuk list aku. Apapun, study dulu dan tgk potensi dia.
MEMS, namanya macam satu technology baru (precission technology) yang aku rasa ada potensi. Tapi aku still kene check betul ke company ni implement technologi tu atau nama je kebetulan sama.
MOL, ini macam company yang provide cyber cafe francais di Malayisa. CEO nya antara yang termuda di Malaysia berjaya ke bursa saham M’sia. So, jom stadi saham ni dan tgk potensinya.
Haha.. nmpak macam byk je kene stadi.. Study2.. 
-Fuad-