KLCI tracking

Posted by Fuad | Posted in KLCI | Posted on 29-08-2006

Aku decide tak nak track lagi KLCI sebab kalo aku catat value masa tu x memberi maksud apa. So, apa yang aku akan buat. Aku plot chart KLCI utk satu minggu. Gunakan segala ilmu dalam buku yang aku baca wat analisis. Ok.. Itu direction baru. Harap2 2 bulan lagi aku leh decide kaunter mana aku nk jadikan FI (Fuad Index).. Good Luck buat sekian kali…

-Fuad-

Everything About Technical Analysis

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 29-08-2006

Aku baru beli buku ni semalam..Pastu dapat e-book dari pakdi di Forum Bicara Jutawan. Byk betul nak kene study.. Mlm ni balik kampung. Check balik AI balik kampung.

  1. Tanya Ayah pasal akaun CDS
  2. Tanya Ayah apa perlu tahu utk beli IPO atau start trading
  3. Abiskan buku Everything About Technical Analysis
  4. Wat analysis utk 3 kaunter guna Metastock
  5. Beli satu diari khas utk apa aku belajar pasal saham setiap hari..

Gambate Fuad. Make sure kumpul RM1500 utk main trade dlm tahun ni.

-Fuad-

Istilah2 utk Hari Ni…

Posted by Fuad | Posted in Istilah | Posted on 23-08-2006

Tghari tadi aku dah beli Metastock. Esok try install n tgk macam mane nak main charting. Istilah baru yang aku dok baca, terutama sekali dari thread Nora :

  1. EOD Data - End of Day data, data yang penting utk wat charting. Setiap hari data ni di update tentang counter, tarikh, open, high, low, close dan volume.
  2. Contra - Teknik yang digunakan dengan beli saham tak guna duit. Kita boleh jual balik dalam T+3. Lepas T+4 remieser akan force sell. Kalo untung, dpt duit atas angin tapi kalo rugi, kene bayar yang rugi tu kat stock broker.
  3. Day Trader - orang yang beli dan jual saham dalam hari yang sama. Brokerage fee ialah 0.15% utk day trader.
  4. Chandelier Exit Strategy - Teknik ni dipakai dengan kita setkan satu value cth x. Stoploss kita mesti sentiasa harga-x. Tiap kali harga naik, stoploss jugak akan naik. Tapi bila harga turun stoploss maintain sampai cecah stoploss, kenelah jual cepat2..
  5. Brokerage Fee - yuran yang kene bayar kat broker tiap kali wat transaction samaada beli ataupun jual. Kalo day-trader charge die 0.15% (atau RM12 mana yang lagi tinggi) dan kalo swing-trade / normal charge dier 0.6% (atau RM12 mana yang lagi tinggi).
  6. Clearing Fee - yuran yang kene bayar tiap kali transaction samaada jual atau beli. Charge die 0.04%.
  7. Stamp Duty - Ni kire cukai utk setiap transaction samada jual atau beli. Jumlah dia ialah RM1 utk RM1000 atau pecahannya.

Itu je dulu utk hari ni. Make sure ble orang tanya bleh jawab.. heheh..

-Fuad-

KLCI hari ni 945.32

Posted by Fuad | Posted in KLCI | Posted on 23-08-2006

Haha..arini KLCI naik compare semalam. Market mcm tgh ‘lembu’ je ni.. (keh keh.. baru 2 ari monitor dah berlagak). Semalam Reezuan ada bagi link yang sgt berguna yang mempercepatkan learning curve aku dalam belajar saham. Aku terhutang budi sgt ngan Reezuan dan Allahyarhamah Nora Ismail atas tunjuk ajar tersebut. Aku sekarang dalam gear 18 utk blejar saham. Semoga roh Nora dirahmati Allah dan ilmu yang aku dapat akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Aku kene beli Metastock Software utk blajar charting plak. Itu next action item.

Sime Engineering Service Bhd

Posted by Fuad | Posted in Saham | Posted on 22-08-2006

Saham dalam bidang Dagangan / Perkhidmatan. No saham 2992 di Papan Utama.

Pagi tadi aku sempat belek The Edge yang aku beli aritu. Asalnya nak carik going to listing punyer saham tapi xde plak. Aku terbaca pasal SESB ni yang mula dikatakan ada potensi utk maju. Projek baru derang ialah dalam oil and gas industries. Saham yang bagus utk di kaji dalam bidang tersebut.. Perlukan lebih info..

 -Fuad-

Saham Teknologi

Posted by Fuad | Posted in Saham | Posted on 22-08-2006

Arini aku dok browse trough list saham dalam bidang Teknologi, rujukan : Saham Syariah update by April 2006. Sebab ada beberapa saham yang menarik minat aku, mostly sebab aku pernah dengar nama saham tu. Aku rasa berbaloi untuk aku kaji saham bidang teknologi ni. Antara saham yang menarik minat aku:

  1. K-One Technology Bhd (0111) - MESDAQ
  2. IRIS Corporation Bhd (0010) - MESDAQ
  3. Litespeed Education Technologies Bhd (0107) - MESDAQ
  4. MEMS Technology Bhd (0052) - MESDAQ
  5. MOL Accessportal Bhd (0031) - MESDAQ

Ok.. Asal aku minat nak tahu pasal saham2 ni..

K-One, aku dah tgk cara derang keje nampak professional dan ada peluang utk maju. Vendor utk projek yang aku dok buat sekarang. Tapi aku still kene study history ngan stock performance derang.

IRIS, kononnya company SIM card dan security yang amat popular. Ada potensi utk maju sebab security merupakan isu yang semakin hangat terutama zaman sekarang ni. Still kene study history, current project dan paling penting, stock performance.

Litespeed, aku tak tahu apa2 pasal company ni. Aku just tertarik sebab wordpress upload server pakai litespeed (aku rasa company yang lain). Tapi sebab itu saja saham ni dah masuk list aku. Apapun, study dulu dan tgk potensi dia.

MEMS, namanya macam satu technology baru (precission technology) yang aku rasa ada potensi. Tapi aku still kene check betul ke company ni implement technologi tu atau nama je kebetulan sama.

MOL, ini macam company yang provide cyber cafe francais di Malayisa. CEO nya antara yang termuda di Malaysia berjaya ke bursa saham M’sia. So, jom stadi saham ni dan tgk potensinya.

Haha.. nmpak macam byk je kene stadi.. Study2.. :-P
-Fuad-

Hari ini KLCI 942.61

Posted by Fuad | Posted in KLCI | Posted on 22-08-2006

Hari ni aku check KLCI 942.61 Malangnya aku tak tau semalam brape indek die. Adakah semakin naik atau turun aku tak tahu. Satu lagi macam mana aku nak analysis keadaan trend ekonomi Malaysia kalo hanya guna KLCI. Aku ingat kene wat daily, weekly dan monthly analysis - baru leh tgk perkembangan dia macam mana. Sementara tu aku nk carik kat website mana2 ke yang boleh tunjuk chart KLCI ni. Slamat Blajar..

-Fuad-

Mari Mulakan Sekarang..!!

Posted by Fuad | Posted in Umum | Posted on 21-08-2006

Ok.. Mari mulakan sekarang. Hari ini adalah hari permulaan blog Main Saham ni. Tujuan utama ialah untuk belajar main saham. Target paling dekat ialah by end of this year aku kena beli first IPO aku. Balik cuti merdeka ni jugak aku kene check ngan Ayah pasal akaun CDS. Untuk senang tracking buat checklist:

  1. Check KLCI setiap hari.
  2. Prepare soalan nak tanya Ayah pasal sume ilmu dia pasal saham dengan detail
  3. Buat entry at least setiap hari pasal sekurang2nya istilah
  4. Buat profile potential stock guna rujukan saham yang halal di www.klse.com.my
  5. Carik kursus murah / free
  6. Carik website atau blog berkaitan saham di Malaysia
  7. Blajar Fundamental & Technical Analysis dan tulih satu e-book. Target date 30 September 2006.

Inilah masanya blajar saham bersungguh2. Semua tugasan kene siapkan ikut target date. Good luck to myself..

-Fuad-